C.E.R.I.T.E.R.A C.I.N.T.A

Hanya kau & aku meniti hari yang indah... Ceritera cinta kita tak akan berubah...Selamanya... kau dihatiku....

~ Endless Love ~

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, July 21, 2009

@ Bora Ombak..















































2 minggu lepas Mummy,nina,nini & iera ada attend wedding Cattriona @ BORA OMBAK AMPANG. Temanya English Garden Wedding.. Mummy sponsor wedding cake tuk Catt coz dia adalah salah sorang jemputan dlm Program Masakan mummy bulan puasa nanti.. ANEKA RASA RAMADHAN @ TV1. So mlm tuh ramai lah artis yg dtg..spt Norish Karman,Jasmin Hamid, Wardina & hb, Mawi & Ekin, Arni Nazira & bla bla bla..tp yg menjadi perhatian kitaorg ialah Datin Sri Normala & ROZITA CHE WAN... Sungguh cantik lah Rozita nih.. dapat lah snap gambar ngan dia.. heheheee.. kalau nak tahu masa nini g amik gambar dia sorang dekat 5 kali tau.. gambar dia asyik blurr jer..heran heran..then dah selesai majlis baru dapat ambil gambar ngan dia..(gambar nih sumer guna HP.. sowee kalau blur sikit).. sampai dia pun perasan kitaorg amik gambar dia byk kali.. tp dia ok, x marah pun friendly sangat.. dia borak ngan mummy guna loghat Kedah..siap amik no tepon mummy lg.. rupanya d Alor Star dia dok kat PKNK.. dekat lah ngan kg kitaorg.... Jln Alor Semadom..borak pi borak mai..
Sebenarnya dlm sangkar tuh ada burung merpati 2 ekor.. Catt akan lepaskan burung2 tuh.. Ntah cemana lupa kot diaorg nih...hehe.. layannn jer lah ek..

Friday, July 17, 2009

Buah hati Ibu...







Baby ngan Aunty Iera...



Baby ngan Aunty Nina..








Baby ngan Aunty Asu...

Buah hati Ibu...






Nie lah buah hati iera skrg.. My anak buah.. Ahmad Aedan..
Dah 4 1/2 bulan dah.. Sayang sangat kat dia, setiap hari mesti nak ber 3G ngan dia..

Pandai pulak tuh.. sembang ngan kiter... Iera selalu ckp ngan dia... "Baby... ibu sayang sangat kat baby tau... dia faham pulak tuh... senyum then dia ckp ga..ga.. ga.." cute sgt..

Nanti iera upload foto aedan ngan aunty2 nya wokey...

Friday, July 10, 2009

Kisah Doughnut...












Last week kitaorg gi BERJAYA TIMES SQUARE, semata-mata nak makan doughnut Krispy Kreme nih.. Nilah satu2 nya outlet kat M'sia yg dibawa oleh Tan Sri Vincent Tan. Berjuta jugak lah beliau bayar utk teknologi nih.. Actually mummy mmg bercita-cita nak bawak masuk teknologi nih ke Msia. Masa mummy & nini belajar kat City of Bath College Los Angeles last yr, diaorg hari2 makan doughnut nih selama 1 1/2 bulan.Mummy cakap sedap sangat..Ia hanya glaze ngan gula shj.Proses pembuatannya semua kat depan mata.Tup tup dis yr dah dibawa masuk ke Msia. Alhamdulillah.. mummy ckp boley lah makan kat KL jer, x yah terbang ker LA lagi.. Tp yg kat sini punya kata mummy manis sgt... tu yg dia complen kat SUPV kat situ.. Apalagi dia pun panggil lah boss dia.. Omputih.. Mr aper ntah nama.. bla bla bla bla ckp.. dia explain apa yg mummy ckp exactly betul...dia appreciate sgt apa yg mummy ckp.. kebetulan kawan adik kerja kat situ.. dia pun ckp lah kat Omputih nih saper mummy... Hah kan dah pecah mum.. dia dah tahu mum saper.. kitaorg ckp.. Omputih nih apalagi bagi kat mummy mcm2 lah yg free.. Mug 4 biji & mcm2 lg.. tp yg best tuh kitaorg dapat Voucher tebal giler tuk doughnut...

Jenuh lah makan doughnut selalu... kah kah kah... ada sekali tuh nina g redeem voucher nih tuk bagi student mum minum ptg... tu jer citer nyer...

p/s: tp kalau tanya iera... me prefer Big Apples lah... syyyyyy...

Friday, July 3, 2009

1st Award dari Eynda..

Heheheeee... first thing nak ckap...


"LIHATLAH DUNIA........" (bak kata kak OGY). Bangganya bila eynda bagi award kat iera. Sebenarnya nih lah award pertama yg iera terima tau.. Iera nih x pandailah award meward nih.. Bila tengok kat blog eynda "ya ampunnnnn.." banyaknya award yg eynda dapt. Terdetik kat hati, bila lah kita nak dapat award cam eynda.. Mayb eynda dengar kot keluhan hatiku ini.. ayattt nampak... kekkeeee... Aper pun tima kaceh awak... nanti boley lah bagi award lagi.. Actually kat award nih ada catit :-

1- Kenapa korang rase korang patut dapat award ni ?
Hurmmmm... bcoz iera x pernah dapt award, so eynda bagilah award nih kat iera...hehe (ok ker)

2 - Ucapkan penghargaan korang kp sapa setelah terima award ini?
Of course lah kawanku YUSLINDA IDALEE.. tq sooooooo much eynda... muahhhhh
(Eynda ni kawan lama tau masa kat Convent Father Barre SP dulu.Kitaorg satu sekolah & satu taman perumahan... )

Nak pass award nih kat :-

1) Dyana 2) Mya 3) Abg Zul

BULAN REJAB...

KEHEBATAN BULAN REJAB BERBANDING RAMADHAN

Sebagai renungan, ahli hikmat pernah berkata: “Sesungguhnya Rejab adalah bulan memohon ampun daripada segala dosa dan Syaaban pula adalah memperbaiki hati daripada segala kecacatan. Ramadan pula memberi penerangan hati. Sedangkan malam al-Qadar adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah.”Oleh hal yang demikian itu, amat wajarlah setiap Muslim menginsafi diri dan merebut ganjaran disediakan Allah agar dia dapat menempatkan diri dalam kalangan mukmin berjaya di dunia dan akhirat.Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah s.a.w tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:
Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredaan Allah serta syurga tertinggi.
Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka.
Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
Puasa 5 hari - aman daripada azab kubur.
Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka Jahanam baginya.
Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru “Laailahaillallah” dan tidak ditolak dia daripada memasuki syurga.
Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratulmustaqim setiap satu batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratulmustaqim.
Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratulmustaqim.
Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
 Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.
Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka. Orang yang lemah daripada berpuasa di bulan Rejab, hendaklah bersedekah setiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.Kelebihan lain bulan Rejab1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan hamba-Nya 10 kali, tetapi di dalam bulan Rejab Allah akan membalas amalan hamba-Nya 70 kali.2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.3. Rejab bulan Allah, Syaaban bulan Rasulullah s.a.w, Ramadan bulan umat Rasulullah s.a.w.4. Rejab adalah bulan menabur benih, Syaaban bulan menyiram tanaman, manakala Ramadan bulan menuai.5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Syaaban menyucikan hati, manakala Ramadan menyucikan roh.6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Syaaban bulan syafaat, manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.7. Rejab adalah bulan taubat, Syaaban bulan muhibbah, manakala Ramadan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Syaaban diganda 700 pahala, dan Ramadan diganda 1,000 pahala.Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun.2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir.3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat.4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya.5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah s.a.w dan sirah Islam lain.
Related Posts with Thumbnails